Pages

Saturday, May 14, 2011


 Buat semua insan bergelar guru.........SELAMAT HARI GURU

Andai aku menjadi burung, akan ku terbang setinggi awan,
Andai aku menjadi kuda, akan ku lari sepantas kilat,
Andai aku menjadi  seorang murid, akan ku junjung budi dan jasamu guru hingga ke liang lahat.
Terima kasih kepada semua insan bergelar guru khususnya guru-guruku yang telah mendidikku sehingga menjadi sebahagian modal insan utama negara.
Tanpamu guru, tak mungkin aku berdiri gagah di persada ini

Saturday, May 7, 2011

Buat adik-adikku  di SMK Pasir Gudang 3
(Hayati dan fahami sajak ini untuk renungan kita bersama sempena majlis perpisahan saya)

Wahai adik-adikku,
Bila ku tiada lagi di sini,
Pandai-pandailah membawa diri,
Asal jangan mendabik dada,
Asal jangan lupa sempadan,
Agar selamat kemudian hari,

Ingatlah wahai adik-adikku,
Bahawa guru tetap guru,
Walau dimana kau berada,
Kerana mukamu muka guru,
 Senyummu senyum guru,
Matamu mata guru,
Dan hatimu hati guru.

Sesungguhnya kau dan aku adalah guru,
Kerana langkahmu dan langkahku adalah serupa,
Telatahmu telatah guru,
Dan marahmu marah guru.

Ingatlah,
Selagi kita dipangil guru,
Maka baju kita adalah baju guru,
Kata kita kata guru,
Dan cinta kita cinta guru.

Duhai adik-adikku,
Demi maruah profesion mulia ini,
Ku tinggalkan derap pengalaman dan ilmu,
Buat kau teruskan di bumi pg3 ini,
Kerana dirimu adalah diriku.


UCAPAN PERPISAHAN SEMPENA PERTUKARAN KE SMK PASIR GUDANG

Bismillahhirahman nirahim

Assalamualaikum w.b.k


Berhembus bayu angin mengilir,
Sejuknya sampai keujung pohon,
Sambutlah salam pesan terakhir,
Ku sampaikan lewat untaian pantun.

Bunga ros bunga berduri,
Dibuat pagar mengelilingi perigi,
Pantun ku karang melepas diri,
Entahkan bila berjumpa lagi.

Orang tua duduk di perigi,
Perigi tua letak di hujung pekan,
Saya pergi memohon diri,
Silap dan salah mohon dimaafkan.

Pair putih penuh rokan,
Menjadi tersohor di wupuk Barat,
Kalau terambil mahupun termakan,
Mohon dihalalkan dunia dan akhirat.

Dari aceh pergi ke Bentan,
Singah berlabuh di Kuala Pendas,
Selamat tinggal rakan dan taulan,
Kita berpisah kerana tugas.

Kalau tidak kerana unggas,
Tidaklah rusak padi di sawah,
Kalaulah tidak kerana tugas,
Tidaklah kita akan berpisah.

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu,
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.

Budak-budak sedang sembahyang,
Waktu zuhur di  tengah hari,
Tinggal rakan  tinggalah sayang,
Pandai-pandai membawa diri.

Tanjung  Agas di Pulau  Bintan,
Tempat berlabuh  nelayan setempat,
Berpisah jauh bercerai badan,
Sahabat handai tetap kuingat.

Tasik Jintan  dalam di tengah,
Dikelilingi bukit puncaknya tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi kusanjung ku ingat juga.

Di sana padi di sini padi,
Itulah nama sawah dan bendang,
Disana budi disini budi,
Baru sempurna bernama orang.

Bunga kemboja  indah berseri,
Dudunya pula diujung dahan,
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi,
Puji syukur dan terima kasih saya ucapkan.

T uai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai SAYA antara nampak,
 Esok jangan rindu-rinduan.

Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh di beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
INSYA ALLAH kita berjumpa lagi.