Pages

Monday, January 17, 2011


Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

bukit/gunung sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : susah senang bersama
seperti anjing menyalak bukit
Maksud : kerja yang sia-sia

seperti pahat dengan penukul
Maksud : buat kerja apabila disuruh

tanam tebu di tepi bibir
Maksud : pandai menabur janji manis tetapi tidak ditunaikan

menunggu kucing bertanduk
Maksud : mengharapkan sesuatu yg mustahil

tumbuk rusuk
Maksud : memberi rasuah

ajak-ajak ayam
Maksud : pelawaan yg tak bersungguh-sungguh

melukut ditepi gantang
Maksud : keadaan diri yang tersisih/tidak dipedulikan

ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Maksud : mementingkan diri sendiri

ukur baju dibadan sendiri
Maksud : buat sesuatu biarlah mengikut keupayaan

bagai layang-layang putus tali
Maksud : keadaan seseorang yang tiada haluan

makan angkat
Maksud  : suka dipuji  

seperti kerakap tumbuh di batu
Maksud :orang miskin dan melarat

bulan jatuh keriba  
 Maksud : mendapat keuntungan yang besar/mendapat kesenangan dengan mudah.

3 comments:

  1. SYABAS,SAYA BERHARAP AGAR BLOG CIKGU DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PELAJAR LAIN

    ReplyDelete
  2. cikgu mengajar saya simpulan bahasa yang hebat dansyabas.

    ReplyDelete
  3. salam..
    koleksi siri2 ini lebih mudah utk saya ingati kerana biasa digunakn & didengari.
    walau apa pn ia juga serba sedikit memberi input
    kpd saya.
    Terima Kasih..

    ReplyDelete