Pages

Tuesday, February 1, 2011

Duhai anak muridku hayati kata-kata orang dulu-dulu,

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang  hilang sekali hilang akan terus hilang.


FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN
UNTUK MENULIS KARANGAN

- mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran
 reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam
 masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda
 masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap
 negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa 
 dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar   
 tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu



11 comments:

  1. terima kasih untuk frasa menarik untuk mengunakan karangan . frasa ini terdapat banyak faedah untuk saya.

    ReplyDelete
  2. frasa yg mnarik amat sesuai jika plajar plajar mggunkn frasa ini untuk mmntpkn lagi krangan.MASYEETAH ASMURI

    ReplyDelete
  3. frasa yg sgt baik dan mantap..MASYEETAH BINTI ASMURI

    ReplyDelete
  4. frasa yg mnarik di gunakan oleh pelajar untuk memantap kan lagi karangan mereka..

    ReplyDelete
  5. frasa yang menarik dan boleh digunakan dikarangan untuk mendapat markah yang lebih bahagian karangan.terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  6. frasa yg tidak sering didengari pada zaman kni.mrid mrid bleh mggnakn frasa ini untuk mmbuat krangan..

    ReplyDelete
  7. nur sakinah binti sazaliFebruary 11, 2011 at 9:25 PM

    Frasa yg sgt manarik sekali.Frasa yg boleh digunakan untuk menmantapkan lagi karangan.Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dgn kami semua.TERIMA KASIH GIKGU.

    ReplyDelete
  8. frasa yang menarik dan boleh mengunakkan frasa ini dengan tepat dan betul boleh memperolehi markah yang lebih tinggi.terima kasih cikgu kerana bantu kami dari segi pembelajaran

    ReplyDelete
  9. nur sakinah binti sazaliMarch 31, 2011 at 6:36 PM

    frasa yg sangat bagus untuk pelajar sekolah yang ingin memantapkan lagi karangan.TERIMA KASIH cikgu kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami semua.

    ReplyDelete
  10. noor farah ameera .April 10, 2011 at 12:53 AM

    frasa yang sngat menarik .
    frasa ini boleh dijadikan rujukan jika ingin membuat karangan yang baik.
    terima kasih cikgu karana berkongsi dengan kami.

    ReplyDelete
  11. noor farah ameera .April 17, 2011 at 4:49 AM

    frasa yang sangat menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan jika ingin membuat karangan yang lebih baik.terima kasih cikgu kerana berkongsi dengan kami.

    ReplyDelete