Pages

Saturday, May 7, 2011

Buat adik-adikku  di SMK Pasir Gudang 3
(Hayati dan fahami sajak ini untuk renungan kita bersama sempena majlis perpisahan saya)

Wahai adik-adikku,
Bila ku tiada lagi di sini,
Pandai-pandailah membawa diri,
Asal jangan mendabik dada,
Asal jangan lupa sempadan,
Agar selamat kemudian hari,

Ingatlah wahai adik-adikku,
Bahawa guru tetap guru,
Walau dimana kau berada,
Kerana mukamu muka guru,
 Senyummu senyum guru,
Matamu mata guru,
Dan hatimu hati guru.

Sesungguhnya kau dan aku adalah guru,
Kerana langkahmu dan langkahku adalah serupa,
Telatahmu telatah guru,
Dan marahmu marah guru.

Ingatlah,
Selagi kita dipangil guru,
Maka baju kita adalah baju guru,
Kata kita kata guru,
Dan cinta kita cinta guru.

Duhai adik-adikku,
Demi maruah profesion mulia ini,
Ku tinggalkan derap pengalaman dan ilmu,
Buat kau teruskan di bumi pg3 ini,
Kerana dirimu adalah diriku.


No comments:

Post a Comment