Pages

Wednesday, December 1, 2010

Mahakarya Agung Sebuah Kemerdekaan


"Di manakah letaknya maruah masyarakat Malaya lantaran dengan mudahnya melupai sejarah hitam kuasa anasir luar terhadap diri mereka,sekonyong-konyongnya menggadaikan maruah tersebut hanya disebabkan oleh nilai materialisme yang tinggi……"

Kampung Laksamana Hang Tuah,Jalan Bogek,Kota Bharu,Kelantan Darul Naim.Begitulah nama sebuah kampung yang pada pandangan masyarakat di situ adalah sebuah kampung yang banyak tersimpan nostalgia-nostalgia,keperitan dan kesakitan yang sukar dilupakan oleh masyarakat kampung di situ. Sebuah MahaKarya Agung telah tercatat dalam sejarah hati masyarakat kampung di situ sehingga saban kali tiba tanggal keramat 31 Ogos ,tangisan hikmat mengalir deras di setiap kornea-kornea mata masyarakat di situ terutamanya pahlawan-pahlawan Malaya yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka demi mencapai erti sebuah kemerdekaan sehingga tangisan mereka menampakkan urat-urat tua yang terlalu berharga. Melihatkan kekejaman tentera Jepun terhadap masyarakat di situ amat perit untuk dikenang semula namun berteraskan semangat patriotik yang tinggi, kekejaman tersebut dapat dipatahkan walaupun nyawa menjadi taruhan di medan pertempuran.

Kegigihan dan keberanian pahlawan-pahlawan Kampung Laksamana Hang tuah ini wajar disanjung tinggi dan diangkat menjadi "kerusi" yang tinggi nilai martabatnya. Salah seorang pahlawan tersebut yang masih bernafas sehingga kini ialah Pak Hashim.Pak Hashim boleh digambarkan sebagai seorang yang tegas dalam setiap perbuatan dan kata-kata,berbadan tegap,ukuran tingginya ialah 5"7",berkulit sawo matang,berusia 60 tahun,sudah kematian isteri tersayang,Siti Salmah akibat komplikasi jantung dan kanser payu dara peringkat empat.Pak Hashim mempunyai seorang anak perempuan bernama Aliya Ayuni berusia 28 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor di Kuala Lumpur yang bernama Dr Azri Izuan. Mereka kini menetap di sebuah kota metropolis Kuala Lumpur yang sarat dengan nilai-nilai sosial dan materialistik yang tinggi. Kini tinggallah Pak Hashim berseorangan di kampung bertemankan jiwa yang sepi namun ikatan kasih sayang yang utuh masyarakat kampung di situ sedikit sebanyak dapat mengubat jiwanya yang sepi itu.



Taman Bukit Impiana,Kuala Lumpur terletaknya sebuah banglo mewah milik sepasang suami isteri yang memang mempunyai tugasan harian yang sibuk dalam kerjaya masing-masing. Hidup mereka hanyalah untuk mengejar harta kekayaan dunia sahaja sehingga mereka jarang bertemu walaupun tinggal sebumbung. Si suami bernama Dr Azri Izuan yang bekerja sebagai seorang doktor pakar bedah di Hospital Kuala Lumpur manakala si Isteri bernama Alliya Ayuni yang bekerja sebagai Pegawai Korporat di salah sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Mereka bersua muka hanyalah pada waktu malam itupun hanya bertegur sapa sahaja kerana masing-masing sudah menampakkan keletihan di wajah dan sebagai isyarat untuk mendapatkan tidur yang cukup.Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun yang bernama Hairil Iskandar dan telah diberi penjagaan sepenuhnya kepada pembantu rumah bernama Aisyah dan merupakan orang sekampung dengan Alliya.Segala urusan Iskandar dan rumah telah diberikan sepenuhnya kepada Aisyah.
"Aisyah,Kak Liya dah nak pergi kerja ni,nanti Aisyah tolong kemaskanlah rumah ni.Jangan lupa ye kejutkan Iskandar", kata Alliya kepada Aisyah.
"Baiklah kak nanti biar Aisyah yang uruskan semuanya",ujar Aisyah menurut kata Alliya.
Kak Liya tak sarapan dulu ke?.Takpe Kak Liya sudah lewat nak pergi kerja ni, sebentar lagi Kak Liya ada meeting.Abang Azri sudah pergi kerja ke?.
"Sudah Kak pagi-pagi lagi abang dah keluar", ujar Aisyah. Alliya sudah mengetahui bebanan kerja suaminya yang memang terpaksa keluar rumah pada awal pagi untuk ke hospital kerana memandangkan pesakit yang hendak dibedah memerlukan jangka masa yang panjang bagi setiap satu kes

Di Kampung Laksamana Hang Tuah,Pak Hashim sibuk mengerjakan ladang sawahnya yang berukuran satu ekar dengan menanam pelbagai sayuran. Itulah hobinya dan baginya ia adalah satu latihan yang baik untuk meningkatkan tahap kesihatannya walaupun sudah dimamah usia. Masyarakat kampung di situ memang mengagumi semangat yang ada pada Pak Hashim kerana jasa baktinya kepada negara dan juga berjaya mendidik anak sehingga di tahap yang tinggi. Alliya sudah banyak kali mengajak Pak Hashim untuk tinggal bersamanya namun ditolaknya bulat-bulat kerana tidak mahu menyusahkan hidup anak menantunya dan dianggap sebagai satu bebanan.



"Assalamualaikum Hashim", sapa Imam Masjid Kampung Laksamana Hang Tuah. "Wah,bukan main subur kebun kamu ni,kalau macam ni jadi pintarla anak –anak muda di kampung kita ini", seloroh Imam tersebut.
"Waalaikumsalam w.b.t",ujar Pak Hashim. "Ala ni jelah aktiviti yang dapat aku lakukan, kalau duduk goyang kaki dan makan tidur sahaja mahu buncit perut aku ni." seloroh Pak Hashim.
"Ala Hashim buat apalah susah-susah payah bekerja,tinggal sahaja di rumah Liya di Kuala Lumpur tu.Duduk goyang kaki dan makan tidur sahaja", kata Imam.
"Aku bukan tak nak tinggal dengan Liya tapi aku tak nak menyusahkan dia dengan Azri sahaja.Nanti jadi bebanan je.Lagipun di Kuala Lumpur tu kamu lihat sahajalah merempitla,rogolla,jammed nye dan bising.Aku tak boleh hidup dalam keadaan macam tu", ujar Pak Hashim.
Kalau macam tula yang kamu katakan,apa boleh saya lakukan."Baiklah Hashim saya pergi dahulu nak ke Kedai Haji Lebai beli santan kelapa ,orang rumah nak masaK Ayam Lemak Cili Padi,nanti bising pula mulutnya",seloroh Imam.
"Beruntung kamu ada isteri macam Jah tu,"ujar Pak Hashim dengan nada bangga.
"Ala Hashim,apa susah pasang satu lagila",seloroh Imam.
Masing-masing menyeringai ketawa.

Semenjak Pak Hashim sering sakit-sakit dan tiada siapa-siapa yang dapat menjaga kebajikannya di kampung, Alliya telah mengambil keputusan nekad untuk mengajak ayahnya tinggal bersama-sama dengannya. Walaupun berat hati untuk meninggalkan Kampung Laksamana Hang Tuah yang banyak meninggalkan kenangan manis buatnya namun Pak Hashim terpaksa menurut keputusan anaknya. Dari saat ini tiggallah Pak Hashim di sebuah Kota Metropolis yang penuh dengan pelbagai ragam dan perangai manusia.
"Ayah mulai daripada hari ini ayah tinggal sahaja dengan Liya.Tak payah bersusah payah bekerja keras di kampung.Buatlah rumah ini seperti rumah ayah sendiri.Ayah nak makan,minum dan tidur buat apa sahaja," ujar Alliya kepada Pak Hashim.Pak Hashim mengiyakan segala percakapan anaknya.


Sebenarnya kedatangan Pak Hashim tidaklah disukai oleh menantunya, Dr Azri. Dilahirkan daripada sebuah keluarga yang mewah dan kurang mempunyai ilmu dalam bidang agama. Kehidupan Dr Azri penuh dengan nilai materialistik sehingga mereka memandang rendah akan orang miskin yang terlantar di kaki-kaki lima meraih bantuan masyarakat dan juga memandang tinggi akan cara hidup negara –negara Barat seperti Amerika Syarikat dalam melayari kehidupan harian mereka. Fikiran dan cara hidup mereka belum boleh diertikan memiliki kebebasan dan kemerdekaan yang secukupnya kerana fikiran mereka ini masih dijajah oleh anasir luar yang telah menerobos masuk ke dalam roh dan jasad mereka sehingga ia sudah menyerap masuk ke dalam jiwa mereka serta meninggalkan satu titik hitam yang sukar untuk dihapuskan.
Sudah hampir sebulan Pak Hashim tinggal di banglo mewah bersama-sama dengan anak menantu dan cucunya yang dia amat sayangi. Rindunya kepada kampung halaman tiada terhingga.Segala urusan ladangnya telah diuruskan oleh Rozmi,pemuda kampung yang secara sukarela untuk menguruskannya.Pak Hashim memang kagum akan semangat tinggi pemuda tersebut.Hubungan Pak Hashim dengan cucunya juga semakin erat dan beliau sering mengajar cucunya akan semangat cinta akan negara serta tidak mengagungkan negara-negara Barat yang cuba membawa nilai-nilai yang akan merosakkan anak bangsa. Pak Hashim menceritakan bagaimana pedihnya negara dijajah,kanak-kanak dan wanita dibunuh tanpa belas kasihan,kesusahan masyarakat Malaya semasa zaman kependudukan Jepun dan bagaimana tokoh-tokoh tanah air pada waktu tersebut berhempas pulas mempertahankan tanah air dan akhirnya mencapai kemerdekaan. Sebenarnya Dr Azri tidak gemar sekiranya ada sesiapa yang suka bercerita mengenai semangat patriotism dan apa sahaja yang berkaitan dengan negara.Dia meluat mendengarnya.
"Liya,abang tengok perangai ayah awak tu dah menjadi-jadi pulak", kata Dr Azri kepada isterinya,Alliya.
"Kenapa pulak abang cakap macam tu?," ujar Alliya dengan nada yang pelik.
"Ayah awak tu tak habis-habis dengan semangat patriotik yang macam kebudak-budakan tu.Ni nak cuba mengapi-apikan anak kita dengan syarahan yang tak masuk di akal. Sampai budak tu abang tengok leka dengan cerita pahlawan ayah yang dongeng tu.Kebebasan konon kita pun sendiri cari makan tak de pulak mengemis dengan Sultan,Perdana Menteri.Politik je tu." Ujar Dr Azri.
"Ala bang awak ni macam tak tahu pulak ayah saya tu kan dulu seorang wira negara,jadi semangat dia tentang tanah air kita ni masih berkobar-kobar.Awak kena ingat dia lebih makan garam daripada kita dahulu." perli Alliya kepada suaminya.
Kata-kata tersebut bagai tahi lembu menyelumuri semua mukanya yang tampak segak itu. Namun ia buat-buat berlakon tidak menghiraukan kata-kata isterinya bagai seorang pelakon bodoh melontarkan monolog tanpa mempunyai instinct yang mampu memukau para penonton.
Persekitaran dalam bilik tersebut senyap sunyi tanpa sebarang bunyi.Dr Azri dan Alliya masih dalam khayalan masing-masing dan akhirnya tidur diulit mimpi tanpa memikirkan hal yang akan berlaku dalam banglo tersebut.
Seminggu lagi masyarakat Malaya akan menyambut sambutan kemerdekaan negara yang ke-52. Maka pada saat inilah semangat Pak Hashim bagai dijulang api yang tinggi untuk menyambut tanggal keramat itu dengan penuh pengertian.Pak Hashim bercadang untuk memasang bendera Malaysia di setiap penjuru kawasan banglo mewah tersebut. Kejadian seumpama ini telah menaikkan api kemarahan Dr Azri.
"Ayah!,apa yang ayah dah buat ni?"marah Dr Azri. Ayah ni memang selalu membuat perkara yang tak senonoh dan macam budak-budak!.Menyusahkan orang sahaja.
Pak Hashim terpaku berdiri seperti mumia di zaman firaun yang diseru menggunakan mantera untuk dibangkitkan kembali .Deraian air mata mengalir deras di wajah senjanya itu.Kata-kata Dr Azri ibarat sembilu yang telah berjaya menghiris hati dan jiwa kelelakiannya.Benarlah apa yang disangka Pak Hashim selama ini adalah benar belaka.Dia telah menjadi satu bebanan berat dan dianggap seperti sampah yang dibuang di kaki lima tanpa ada manusia simpati untuk mengutipnya.
"Abang,apa yang abang cakap ni?," tegah Alliya kepada Dr Azri. Alliya yang diam seribu bahasa kini bersuara bagi menghalang Dr Azri daripada bercakap kasar kepada ayahnya.
"Abang tahu tak dengan siapa abang bercakap begitu?.Itu ayah saya bang." rintih Alliya kepada suaminya. Tergamak abang buat ayah saya begitu.
"Mana tidaknya cuba Liya tengok banglo kita ni dah macam tugu Negara.Semangat patriotik konon! Sudahlah lemas saya tengok dalam keadaan begini ayah! Benderalah!pahlawanlah!perjuanganla!kemerdekaanla!Semua tu kolot belaka!kolot!kolot!
PANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!........
Satu tamparan hebat telah mengenai pipi Dr Azri. Kesabaran Pak Hashim sudah sampai kemuncaknya.Roh amarahnya sudah semakin menebal terhadap sikap menantunya yang begitu biadap kepadanya dan sering memperlekehkan perajurit-perajurit yang telah berkorban jiwa dan raga mempertahankan tanah air ini.
Jantung Dr Azri bagai disentap oleh Malaikat Maut yang datang untuk mencabut nyawanya.Kesakitan yang dirasainya akibat tamparan itu tidaklah sehebat jika dibandingkan dengan bencinya dia kepada ayah mertuanya.
"Anak tak kenal diuntung!Anak biadap!.Sanggup kau berkata begitu mengenai negara kita? Apa kau kata kolot?.
"Ya ayah mengerti yang ayah ni kolot dan berjiwa perkampungan tetapi jiwa inilah yang telah mengajar ayah agar selalu mengenali jati diri sebagai anak bangsa Malaysia yang sangat beruntung hidup di negara yang serba mewah ini dan rakyat bebas melakukan apa sahaja tanpa penjajahan daripada pihak anasir luar." Rintih Pak Hashim
Walaupun ayah tidaklah sehebat seperti kamu berdua,mempunyai kedudukan dan kekayaan yang tinggi sehingga mampu mengecapi apa yang sukar dilakukan oleh orang lain di luar sana.Ayah amat berbangga dengan kejayaan hidup yang kamu berdua kecapi. Namun jiwa kamu kosong,tiada pengisian dan mengibaratkan kemerdekaan negara ini adalah tiada makna semata-mata.
"Sudahlah ayah saya tidak mahu mendengar ceramah kosong ayah tu dan lemas saya melihat rumah saya dalam keadaan begini."ujar Dr Azri.
Aisyah!Aisyah!,cabut semua bendera ini dan saya tak nak nampak satu bendera pun tergantung dalam banglo ni!",pekik Dr Azri kepada Aisyah.
Aisyah cepat-cepat keluar daripada biliknya apabila namanya dipanggil dan menurut segala kata Dr Azri.Dia hanya mendiamkan diri di dalam biliknya daripada tadi kerana enggan menurut campur tangan pergaduhan tersebut.
"Sudah kalau ayah hendak berbuat demikian,saya mempersilakan dengan hormatnya buat benda-benda begitu di rumah ayah sahaja.Saya naik atas dahulu dan ingin tidur". Dr Azri berjalan dengan angkuhnya di hadapan ayah mertuanya dan tiada terbit pun perasaan hormat dan simpati dalam dirinya.
Air mata kelelakian Pak Hashim jatuh mencurah-curah mengenangkan nasib dirinya yang tiada siapa ambil peduli dan perjuangan sucinya itu. Alliya di sisi Pak Hashim menangis teresak-esak dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa akan keputusan suaminya itu.Alliya memujuk Pak Hashim.
"Ayah, Liya minta maaf atas kelakuan Abang Azri sebentar tadi.Liya harap ayah dapat maafkan segala kata-kata Abang Azri,"rintih Alliya.
Tidak mengapa,nak itu bukan salah kau.Ayah sudah memberi didikan yang sempurna dan secukupnya kepada kau sehingga kau berjaya miliki apa yang kau mahu dalam hidup ini.Cuma suami kau sahaja yang masih tenggelam dalam dunia barat dan streotaipnya.
Masing-masing hanyut dalam tangisan dan pelukan.
Keesokan paginya keadaan kembali seperti biasa.Hari ini merupakan hari cuti hujung minggu dan selalunya Dr Azri,Alliya dan Iskandar akan turun bersarapan bersama-sama.Tiba –tiba suasana menjadi sedikit hambar apabila Alliya menjerit memanggil nama Dr Azri dan Dr Azri bergegas ke dalam bilik yang menempatkan ayah mertuanya. Dr Azri memasuki bilik tersebut dan mendapati bahawa Alliya menangis teresak-esak sambil meratapi sehelai kertas. Alliya menyerahkan kertas tersebut kepada Dr Azri dan membacanya.





MAHAKARYA SUCI DAN AGUNG DARI AYAHANDA KHAS BUAT ANAK TERSAYANGKU AZRI
Di saat Azri meratapi surat ini,Ayah mungkin sudah pergi meninggalkan banglo mewah ini dan kemungkinan jika jiwa dan perasaan Azri sudah mampu menerima soal perjuangan ayah dengan hati yang terbuka serta mampu menerima ayah sebagaimana kamu memiliki Liyya,maka Ayah berharap agar Azri dapat menemui ayah di kampung. Di kampung ini telah banyak mengajar ayah erti kesusahan dan keperitan dalam menjadi seorang manusia yang tabah,berpegang kuat kepada perjuangan negara dan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memajukan diri dan keluarga. Impian ayah sudah dimakbulkan Tuhan dimana kini ayah telah berjaya mendidik Liya sebagai seorang manusia yang berjaya mengejar cita-citanya dan memiliki suami seperti kamu.Ini boleh dikatakan sebagai satu perjuangan dan kemerdekaan diri kerana mampu menentukan hala tuju hidupnya tanpa sebarang kekangan daripada sesiapa.
Anakku Azri,
Ayah cukup berbangga akan kejayaan hidupmu kerana kamu memiliki kekayaan harta tidak seperti orang lain miliki.Walaupun kamu mengatakan Ayah seorang yang kolot,Ayah pasti suatu hari nanti kamu akan mengerti erti sebenar sebuah perjuangan yang selama ini ayah pegang. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah kita miliki selama ini.Kita hidup dalam perpaduan yang harmoni dan tiada persengketaan sesama sendiri.Cukuplah sudah dengan tragedi 13 Mei 1969 telah mengajar kita agar hidup bersatu padu.Kamu dilahirkan di bumi bertuah Malaysia dan tidak dinafikan kejayaan kamu selama ini adalah hasil titik peluh kamu selama ini tetapi sekiranya tanpa perjuangan tokoh-tokoh tanah air merampas hak kebebasan,kamu tidak akan menikmati hidup mewah seperti ini bahkan kamu akan menjadi mayat hidup yang terbiar tanpa dihiraukan.
Anakku Azri,
Cukuplah sudah Ayah mencoretkan kata-kata ini agar kamu memahami erti sebenar perjuangan ayah selama ini. Ayah titipkan sebuah Mahakarya ini bukanlah hanya sekadar perhiasan semata-mata tetapi Ayah mahu jauh daripada lubuk hati kamu itu agar terbit satu kesucian jiwa yang mampu memahami setiap coretan yang ayah tuliskan.Maafkanlah segala perbuatan ayah selama menetap sebumbung dengan kamu dan ayah sentiasa menanti kamu dan Alliya diambang pintu rumah dengan hati yang begitu melonjak gembira.
Anakku Azri,
Sekiranya Ayah tidak sempat bertemu kamu,jagalah Alliya sebaik mungkin kerana dia merupakan isteri yang baik dan amat menyayangi kamu serta cucu yang ayah sayangi,Iskandar.Akhir kata fahamilah sedalam-dalamnya coretan ayah ini dan ayah sentiasa menanti kepulangan kamu sekeluarga

Wassalam….Ayah Mertuamu….Hashim.
Sebaik sahaja selesai membaca kertas tersebut, Dr Azri terduduk di atas katil sambil menangis teresak-esak.Dr Azri sudah menyesal atas kelakuan hidupnya selama ini dan bersikap biadap terhadap ayah mertuanya.Dr Azri meratapi surat tersebut namun dapat ditenangkan oleh Alliya.Aisyah dan Iskandar sekadar melihat drama tersebut tanpa memahami apakah sebenarnya isi surat tersebut sehingga mampu menjatuhkan keegoan Dr Azri. Dr Azri bergegas turun ke bawah kerana ingin cepat pulang ke kampung halaman ayah Alliya kerana ingin memohon maaf dan mencium wajah sugul ayah mertuanya.
Tiba-tiba satu deringan telefon berbunyi dan Dr Azri telah mengangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum,saya Inspektor Helmi dari Balai Polis Dang Wangi,adakah ini rumah kediaman Dr Azri dan Alliya?",kata seorang lelaki dalam panggilan tersebut.
"Ya,saya Dr Azri,boleh saya bantu?",sahut Dr Azri.
"Adakah doktor mengenali Hashim Bin Othman?",kata Inspektor tersebut.
"Ya dia ayah mertua saya.Kenapa dengan ayah saya,Inspektor?", kata Dr Azri. Kedengaran nada pelik dalam suara Dr Azri.Alliya berada di sebelah Dr Azri dan mendengar perbualan tersebut dengan hati yang penuh berdebar.
"Ayah mertua doktor kini berada di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan yang parah di kepala ekoran kemalangan yang dialaminya dengan sebuah kereta pada jam 5.00 pagi dan kini berada dalam keadaan koma di wad ICU.",jelas Inspektor tersebut.
Dr Azri melepaskan gagang telefon tersebut dan terduduk di sisi Alliya. Juraian air mata deras mengalir di pipi Dr Azri.Alliya meraung sekuat hati apabila mendapat berita malang tersebut. Mereka berdua bergegas ke Hospital Kuala Lumpur dan sebaik sahaja sampai di wad ICU, kawan Dr Azri,Dr Azhar mengesahkan bahawa Pak Hashim sudah tiada lagi. Berita tersebut menyebabkan Alliya menangis dan meraung sekuat hatinya namun Dr Azri dapat mententeramkannya.Sebelum Pak Hashim menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat menyerahkan satu manuskrip mengenai perjuangannya dan sejarah tokoh-tokoh tanah air mengenai perjuangan mendapatkan kemerdekaan kepada Imam Kampung untuk diserahkan kepada Dr Azri. Dr Azri menerimanya dengan penuh juraian air mata tetapi bangga mempunyai ayah yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
Tanggal 31 Ogos 2009,tepat jam 8.00 pagi,Dr Azhar dan Alliya sudah bersiap-siap sedia untuk menyambut sambutan kemerdekaan Negara yang ke-52 di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur. Di sebalik keraian orang ramai, Dr Azhar ternampak Pak Hashim sedang melambai-lambai kepadanya sambil memegang Bendera Malaysia,wajahnya suci dengan memakai kain berwarna putih namun ia hilang serta merta apabila diterpa oleh Alliya.Ya baru ia mengerti erti sebuah perjuangan yang dicoretkan ayahnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.Dalam hatinya ia berkata
"Ayahku,kamu memang betul-betul perwira Negara.Mahakarya Agungmu itu telah menerbitkan satu perasaan suci dalam jiwaku.Terima kasih Ayah.Juraian air mata mengalir deras di pipinya bukan kerana sedih tetapi kerana bangga dengan semangat juang tinggi ayah mertuanya.

1 comment:

  1. Mahakarya Agung Sebuah Kemerdekaan cerita yang menarik perhatian saya.

    ReplyDelete